Webinar Kidventure: Pelan Perniagaan Pertama Saya
11 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2025 (Sabtu), NADI Kidventure telah mengadakan webinar Kidventure dalam talian untuk sesi cohort 2. Dua orang peserta untuk sesi cohort 2 dari NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar ini. Disamping itu, webinar ini dijalankan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Kelas ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang cara membuat pelan perniagaan pertama melalui Business Model Canvas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: